Jam sudah menunjukkan pukul 11. Saya berbaring dikelilingi nota-nota peperiksaan. Terasa ketat kepala untuk mentelaah secara fokus setelah beberapa tahun meninggalkan dunia peperiksaan. Sendirian di bilik yang crowded dengan barang Dayah dan Za'. Abang dan anak-anak nun jauh 60 km. Tadi bersms...abang tengah buaikan Khayra yang tidak putus-putus bernasyid 'aku sayang ummi, ummiku sayang ummi...'. Luahan rindu seorang gadis kecil yang belum putus susu kepada ibu yang macam biskut Chips More...telefon bimbit sentiasa di sisi. Tiba-tiba ringtone suara anakku menyanyi menyegarkan mata yang mulai layu. Eh, abang!...Suami menceritakan bahawa tatkala suasana senyap sunyi di rumah...terdengar suara suatu pergaduhan. Seorang pemuda dan pemudi. Di tengah gelap malam yang likat. Si gadis dengan penuh emosi terjerit-jerit meminta pembelaan atas kehamilannya yang mencecah tiga bulan. Dengan mudah si pemuda menjawab...gugurkan sahaja bayi itu. Pemudi itu mungkin pelajar sekolah menengah dekat sini. Seorang demi seorang guru menegur kekecohan yang mereka timbulkan yang memecah kesunyian malam. Rata-rata guru-guru ini punyai bayi yang mungkin boleh terjaga kerana jeritan-jeritannya...cikgu-cikgu ini sempat dimarahnya...
Apabila telefon kuletakkan...hati berkata, " Ah, anak luar nikah lagi akan lahir...apalah nasib bayi itu?" Kasihan. Mungkin di buang atau dibesarkan. Jika tiada keinsafan dari ibu atau bapa anak ini tidak akan dibesarkan dengan pendidikan Islam yang sempurna juga. Pengalamanku mengajar anak-anak ini...jika boleh belajar, peribadi tidak juga terdidik, hyperaktif, keras hati, lidah kelu untuk membaca al-Quran. Atuk dan nenek menjaga mereka...ibu ke mana, ayah tidak ketahuan juga. Ada yang 'blur' fikiran jauh melayang tiada makna guru yang mengajar di hadapan. Doaku semoga anak-anak ini mendapat perlindungan dan hidayah Allah. Tersedar dari lamunan dan berusaha memajukan diri...jauhkan diri mereka dari melakukan kesalahan berulang insan yang bertanggungjawab melahirkan mereka.
Mulai saat itu, hatiku bertanya kepada diri? Apakah sumbanganmu untuk membanteras keadaan ini, wahai Husna? Ketika itu tersingkaplah hikmah Allah mengapa kami di'posting' ke negeri yang asing bagi kami. Pada awalnya, amat 'culture shock'. Mungkin ini tugas kami...berbuat sesuatu. Masyarakat yang mastautin mungkin menganggap ia pandangan biasa...tapi kami yang berkelana melihat sungguh kritikal gejala ZINA di sini. Semoga suatu hari program ANDA BIJAK JAUHI ZINA akan dapat dilaksanakan di sini. Akhbat METRO 18 Oktober 2009, terpampang wajah-wajah bayi yang mulus dan sihat menjadi mangsa buangan amat meruntun hati di saat diri berusaha untuk memiliki zuriat lagi. Rindu bau si bayi yang harum yang disifatkan oleh bapa mertuaku seumpama 'bau syurga' bukan bau talkum atau losyen bayi. Semoga dikurniakan lagi si comel untuk ummi dan abah. Amin.
Monday, October 19, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)